Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 8 November 2010

Petua 5: Apa Yang Anda Mahukan

-          Kalau anda tidak tahu apa yang anda mahu, anda tidak akan kemana-mana atau berada di mana-mana dan anda juga tidak tahu/kenal bila anda mencapainya.
-          (kalau mahu jadi pengemis, anda boleh jadi pengemis yang berjaya)
-          Tanya pelajar yang cemerlang, bagaimana dia boleh berjaya? Mungkinkah jawapannya “saya selalu bermain permainan computer dan buat perkara yang saya suka.”
-          Semua orang yang berjaya tahu apa yang mereka mahukan dan terus berusaha kearahnya.
-          Jika anda menjawab soalan di atas dan jawapan anda seperti berikut “Saya akan apa yang saya mahu kemudian’, Saya akan mula esok’ , Satu hari nanti saya yakin, saya akan tahu apa yang saya mahu’. Anda mesti BERHENTI dan tentukan apa yang anda mahu.
-          Kita perlu tapis maklumat atau data yang masuk ke dalam otak kita.
-          Ada ketikanya, peluang berada di depan mata tetapi anda tidak sedar kerana tidak tahu apa yang anda mahu.
-          ‘Always act when the emotion is high’.
-          Sebagai permulaan, anda tidak perlu tahu bagaimana anda akan mencapai matlamat anda. Anda perlu tahu apa yang anda mahukan, kenapa anda mahukannya dan bagaimana akan datang tanpa disedari.
-          Ada matlamat yang memerlukan kita belajar kemahiran baru, ada yang perlu ubah persekitaran baru.