- Imeginasi anda adalah punca pelbagai kejayaan.
- Orang cemerlang mencapai kejayaan kerana mereka menggunakan kuasa imeginasi dengan ‘resourceful way’
- Imeginasi yang menjadikan perkara yang tidak kelihatan menjadi kenyataan.
- ‘Saya tak percaya kalau saya tak nampak’. ‘Jika seseorang percayakan sesuatu, dia akan nampak’
- “Believe and act as if it were impossible to fail”
- Kebanyakkan orang dipengaruhi oleh prestasi masa lampau mereka. ‘Saya tak pernah lulus Bahasa Inggeris, macam mana saya boleh lulus.
- Otak tidak dapat bezakan antara sesuatu yang digambarkan dengan jelas dengan sesuatu yang benar-benar berlaku.
- 7 jam menggambarkan sesuatu bersamaan dengan 1 jam pengalaman sebenar.
- Dalam ‘mimpi ngeri’ selepas bangun jantung kita berdengup laju dan kadang-kadang berpeluh.
- Cuba gambarkan – ‘keluarkan sebilah pisau dan belah sebiji buah limau nipis. Ambil separuh daripadanya dan perah jusnya kedalam mulut anda, jus itu jatuh ke lidah anda’. Apa perasaan anda? Air liur dalam mulut anda mula terkumpul.
- Kalau kita selalu gambarkan Bahasa Inggeris susah, saya tak tahu, saya tak dapat lulus walaupun saya berusaha… Anda tidak akan lulus.
- 2 peranan minda separa sedar;
o Ia menyimpan maklumat tentang apa yang dilihat, dengar, bau, rasa dan emosi, perasaan tentang sesuatu, pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan imej kendiri. Semuanya dianggap benar dan reality.
o Ia menjadikan anda, anda. Seseorang berkelakuan yang bersesuaian dengan maklumat yang disimpan.
- Joseph Murphy dalam bukunya yang berjudul “The Power Of The Subcousious Mind” telah buat analogi tentang nakhoda dengan bilik enjin kapal dengan minda sedar dan separa sedar. Nakhoda mengawal semua perkara dalam kapal tersebut termasuklah bilik enjin. Semua anak kapal akan mengikut arahan nakhoda. Bilik enjin dalam kapal itulah punca kuasa kepada kapal untuk bergerak. Nakhoda memberi arahan kepada bilik enjin supaya menambah kelajuan walaupun kapal menuju kearah batu besar, anak kapal dalam bilik enjin tidak tahu arah kapal tersebut, bilik enjin tiada tingkap, mereka ikut arahan tanpa mempersoalkannya.
- Minda separa sedar ikut arahan minda sedar.
- Dengan menggambarkan kejayaan anda dapat mengurangkan emosi negatif yang berkaitan dan mengambil tindakan, seerusnya dapat menyinkirkan terus fikiran negatif.
- Tukar tingkahlaku anda menerusi imeginasi.