Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 26 Januari 2011

Petua 6: Merancang Dari Imeginasi Anda

- Imeginasi anda adalah punca pelbagai kejayaan.
- Orang cemerlang mencapai kejayaan kerana mereka menggunakan kuasa imeginasi dengan ‘resourceful way’
- Imeginasi yang menjadikan perkara yang tidak kelihatan menjadi kenyataan.
- ‘Saya tak percaya kalau saya tak nampak’. ‘Jika seseorang percayakan sesuatu, dia akan nampak’
- “Believe and act as if it were impossible to fail”
- Kebanyakkan orang dipengaruhi oleh prestasi masa lampau mereka. ‘Saya tak pernah lulus Bahasa Inggeris, macam mana saya boleh lulus.
- Otak tidak dapat bezakan antara sesuatu yang digambarkan dengan jelas dengan sesuatu yang benar-benar berlaku.
- 7 jam menggambarkan sesuatu bersamaan dengan 1 jam pengalaman sebenar.
- Dalam ‘mimpi ngeri’ selepas bangun jantung kita berdengup laju dan kadang-kadang berpeluh.
- Cuba gambarkan – ‘keluarkan sebilah pisau dan belah sebiji buah limau nipis. Ambil separuh daripadanya dan perah jusnya kedalam mulut anda, jus itu jatuh ke lidah anda’. Apa perasaan anda? Air liur dalam mulut anda mula terkumpul.
- Kalau kita selalu gambarkan Bahasa Inggeris susah, saya tak tahu, saya tak dapat lulus walaupun saya berusaha… Anda tidak akan lulus.
- 2 peranan minda separa sedar;
o Ia menyimpan maklumat tentang apa yang dilihat, dengar, bau, rasa dan emosi, perasaan tentang sesuatu, pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan imej kendiri. Semuanya dianggap benar dan reality.
o Ia menjadikan anda, anda. Seseorang berkelakuan yang bersesuaian dengan maklumat yang disimpan.
- Joseph Murphy dalam bukunya yang berjudul “The Power Of The Subcousious Mind” telah buat analogi tentang nakhoda dengan bilik enjin kapal dengan minda sedar dan separa sedar. Nakhoda mengawal semua perkara dalam kapal tersebut termasuklah bilik enjin. Semua anak kapal akan mengikut arahan nakhoda. Bilik enjin dalam kapal itulah punca kuasa kepada kapal untuk bergerak. Nakhoda memberi arahan kepada bilik enjin supaya menambah kelajuan walaupun kapal menuju kearah batu besar, anak kapal dalam bilik enjin tidak tahu arah kapal tersebut, bilik enjin tiada tingkap, mereka ikut arahan tanpa mempersoalkannya.
- Minda separa sedar ikut arahan minda sedar.
- Dengan menggambarkan kejayaan anda dapat mengurangkan emosi negatif yang berkaitan dan mengambil tindakan, seerusnya dapat menyinkirkan terus fikiran negatif.
- Tukar tingkahlaku anda menerusi imeginasi.

Isnin, 8 November 2010

Petua 5: Apa Yang Anda Mahukan

-          Kalau anda tidak tahu apa yang anda mahu, anda tidak akan kemana-mana atau berada di mana-mana dan anda juga tidak tahu/kenal bila anda mencapainya.
-          (kalau mahu jadi pengemis, anda boleh jadi pengemis yang berjaya)
-          Tanya pelajar yang cemerlang, bagaimana dia boleh berjaya? Mungkinkah jawapannya “saya selalu bermain permainan computer dan buat perkara yang saya suka.”
-          Semua orang yang berjaya tahu apa yang mereka mahukan dan terus berusaha kearahnya.
-          Jika anda menjawab soalan di atas dan jawapan anda seperti berikut “Saya akan apa yang saya mahu kemudian’, Saya akan mula esok’ , Satu hari nanti saya yakin, saya akan tahu apa yang saya mahu’. Anda mesti BERHENTI dan tentukan apa yang anda mahu.
-          Kita perlu tapis maklumat atau data yang masuk ke dalam otak kita.
-          Ada ketikanya, peluang berada di depan mata tetapi anda tidak sedar kerana tidak tahu apa yang anda mahu.
-          ‘Always act when the emotion is high’.
-          Sebagai permulaan, anda tidak perlu tahu bagaimana anda akan mencapai matlamat anda. Anda perlu tahu apa yang anda mahukan, kenapa anda mahukannya dan bagaimana akan datang tanpa disedari.
-          Ada matlamat yang memerlukan kita belajar kemahiran baru, ada yang perlu ubah persekitaran baru.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Petua 4 : Kuasai Pemikiran Anda

-          Sebarang pemikiran yang dibenarkan menguasai minda akan memberi impak pada kehidupan.
-          We are what we think about all day long’
-          Jika fikir tentang kegagalan, kita pasti gagal. (miskin)
-          Kebanyakan orang biasa berfikiran negatif seperti:
Saya tak boleh/pandai/tahu/faham/ingat …
Daya ingatan saya rendah.
Saya bodoh.
-          Mereka mempersoalkan kebolehan dan potensi mereka sendiri.
-          Dalam buku berjudul ‘No one can take your place’. Ditulis oleh Sheri Dew tentang pemikiran negatif. Dia berminat mewakili Universiti dalam pasukan bola keranjang. Apabila dia buka pintu dewan dia nampak pemain lain telah mulakan latihan dan mereka hebat. Suara hatinya berkata, saya tak boleh/tidak cukup baik/tak dapat bersaing dengan pemain lain. Setelah lama dia berfikir, dia tidak masuk untuk pemilihan tersebut. 30 tahun kemudian dia dijemput ke Universiti tersebut untuk memberi ceramah dan dia menceritakan kisah 30 tahun yang lalu.
Selepas ceramah tersebut, Pengarah Universiti tersebut tanya samaada apa yang di sampaikan adalah benar, dan Sheri berkata ‘ya’. Sheri juga tahu Pengarah itulah yang menjadi jurulatih pada masa itu. Pengarah Universiti berkata setiap tahun pasukannya tidak mempunyai masalah kecuali pada tahun 1971 pasukannya kekurangan seorang pemain dan dia tidak dapat mencarinya sehingga habis musim pertandingan.
-          Pemikiran negatif dikuasai minda separa sedar. Contoh ; Apabila guru Bahasa Inggeris masuk kelas, pelajar telah berfikir dia tidak faham dan tidak pandai Bahasa Inggeris, walaupun guru Bahasa Inggeris belum berkata apa-apa.
-          Apabila pemikiran masuk kedalam minda anda, jangan cakap, letak pemikiran itu ditepi, gantikannya, berhenti, ‘delete’. Tujuannya haling diri anda dari ulang tayang pemikiran negative. Contohnya, jika anda menonton tayangan gambar yang membosankan, mahukah anda menontonnya kali kedua? Sudah tentunya tidak. Tetapi pemikiran negatif dalam minda kita kita ulang banyak kali.
-          Perasaan sedih, geram, kegagalan adalah berpunca dari pemikiran bukan keadaan.
-          Jika orang lain kritik pakaian anda padahal anda sudah rasa cukup menarik, anda marah. Ini menunjukkan apa yang orang lain fikir tentang anda lebih penting dari apa yang anda fikir tentang diri anda. (biasanya menjadi punca pergaduhan)
-          Pemikiran sama yang berulang-ulang akan membawa kepada kepercayaan, dan anda tidak akan mempertikaikannya.
-          ‘I can’t …yet” ‘I can’.
-          Pemikiran kita boleh mewujudkan ketakutan atau keyakinan.
                                      (kesakitan …     keseronokan)
              (bertindak …     menyerah kalah)

-          Bagaimana hendak kawal pemikiran kita?
Layan pemikiran yang sihat dan positif. Mula bercakap dengan diri sendiri dan orang lain tentang perkara yang sihat dan positif. Berhati-hati pada media massa, nilai samaada maklumat tersebut menyebabkan kita rasa lebih bersemangat atau sebaliknya. Adakah media massa, gossip atau memburuk-burukkan orang lain
-          Apabila kita mula terfikir perkara yang negatif, berdiri, jalan-jalan atau lakukan aktiviti yang boleh lupakan pemikiran negatif.
-          Selalu ingatkan diri. Saya boleh mencapai impian saya.
-          If there is no enemy within, the enemy on the outside can do no harm’.

Isnin, 11 Oktober 2010

Ways to answer summary in SPM

1.                    Make sure you understand the passage. Read again if you do not understand.
2.                    Read the question/task.
3.                    Underline the important points according to the question/task.
4.                    Find at least 12 points.
5.                    Leave out all descriptions, repetition of facts, examples and other unnecessary details.
6.                    Jot down the points in a piece of paper.
7.                    Use all the points to write one paragraph.

Jumaat, 8 Oktober 2010

Petua 3 : Luangkan Masa Untuk Baiki Diri Sendiri

-    Kalau kita mahukan lebih, kita mesti jadi lebih baik.
-    ‘The biggest room in the world is the room for improvement’ and the best time is now.
-    Kita tidak boleh berikan sesuatu yang kita tidak miliki. Kita tidak boleh mencapai sesuatu kalau   tiada tujuan.
-     Jika mahukan keputusan cemerlang, kita mesti jadi dan berusaha seperti pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.
-   ‘Sowing and reaping’ – tanam dan tuai.Tindakan dan kelakuan kita akan membawa kepada keputusan yang kita capai.
-    Kalau kita dapat mencapai impian kita, tukar tindakan kita.
-    'Increasing returns’ – kita tuai lebih dari kita tanam.
-     ‘Delayed gratification’ – untuk tuai apa yang kita tanam memerlukan masa, kita tidak boleh tanam hari ini dan tuai esok.
-     Orang yang mencapai impian adalah orang yang memberi komitmen dan sentiasa membaiki kemahiran dan keupayaan mereka.
-     Pemenang pingat sukan olimpik telah mengorkorbankan wang dan tenaga untuk berlatih.
-     Untuk membaiki diri, disiplin kendiri amat diperlukan dan ia tidak mudah.
-     Ada ketikanya, untuk mencapai sesuatu, ia memerlukan kita buat perkara yang kita tidak suka buat. Contohnya membaca buku.
-     Orang yang berdisiplin dapat mengawal diri mereka.
-     Berusaha untuk menukar yang baik kepada cemerlang. Kalau kita berusaha dengan baik, keputusannya akan jadi baik. Kebanyakkan orang boleh mendapat keputusan yang baik tetapi untuk jadi cemerlang ialah satu pilihan. Untuk menjadi cemerlang ia perlukan usaha yang berterusan.
-     ‘Senang jadi baik, susah jadi cemerlang’. ‘Susah jadi baik, senang jadi cemerlang’.
-     Maklum balas sangat penting dalan proses membaiki diri. Ia boleh dating dalam bentuk positif dan negatif. Ia main peranan yang besar dan perlu untuk mencapai impian kita. Belajar dari maklum balas.
-     Kita perlu kaji. Dari siapa datangnya maklum balas? Adakah mereka ikhlas membantu kita?
-     Otak kita sukakan perkara yang sama tetapi ia belajar dari perkara yang berlainan.
-     Kebanyakkan orang tidak sukakan perubahan kerana adalah lebih senang jika ia sama. Perubahan juga membawa kepada ketidakpastian.
-     Bersedia untuk berubah.
-     Praktikkan apa yang dipelajari. ‘Use it or lose it’

Petua 2 : Dapatkan Terbaik Dari Diri Anda

-          Apa yang anda miliki sekarang atau yang akan dimiliki ialah apa yang anda harap untuk miliki dan komitmen anda terhadapnya
-          Untuk dapat apa yang kita mahu, mesti bermula dengan memberi yang terbaik dalam diri anda.
-          Terdapat perbezaan antara berminat dalam sesuatu dengan komitmen terhadap sesuatu.
-          Ramai orang berminat tetapi tidak komited, oleh itu mereka tidak ambil tindakan yang sepatutnya.
-          Dalam hidup- kita hanya dapat apa yang kita mesti dapat. Kalau tidak, kita tidak akan cuba mendapatkannya.
-          Orang yang berminat, tetapi tidak komited akan ambil tindakan apabila dia ada masa lapang.
-          Bagaimana hendak bezakan berminat dengan komited? Berminat ditunjukkan dalam percakapan dan komited ditunjukkan dalam sikap/tingkahlaku/tindakan.
-          Orang yang berjaya selalu memberikan lebih dari diri mereka, kerana mereka mempunyai harapan yang tinggi untuk mereka. Mereka perlu berkorban masa dan tenaga untuk dapat apa yang mereka mahukan.
-          Bukan senang dapatkan apa yang kita mahu, ia bukan sekadar asal ada.
-          Untuk melakukan lebih baik sedikit dari sederhana membezakan kejayaan dan kegagalan.
-          Kalau kita berpuashati dengan apa yang kurang dari potensi kita, ia akan menjadi kebiasaan dan akhirnya menemui kegagalan.
-          Adalah lebih mudah untuk merendahkan standard kita dari menaikannya. Adalah lebih mudah berada dalam kelompok besar dari berpisah dengan mereka.
-          Jika diberi pilihan antara jalan mudah dengan yang mencabar, pilihlah yang mencabar.
-          Seorang mahir membuat sampan hendak bersara dan pelanggan setianya memintanya buatkan sebuah sampan terakhir.Dia menggunakan bahan terpakai dan tidak buat bersungguh-sungguh. Selepas siap pelanggan dia menghadiahkan sampan tersebut pada pembuat sampan untuk disewakan. Setelah sampan tersebut masukkan kedalam air, sampan tersebut tenggalam, pembuat sampan tersebut menyesal kerana dia telah pilih jalan yang senang.
-          Melakukan sesuatu hampir terbaik adalah tidak mencukupi dalam dunia sebenar.
-          Untuk berjaya, kita mesti berikan 100% komitmen.

Khamis, 7 Oktober 2010

Petua 1: Kuasa Membuat Keputusan

-          Untuk mencapai impian , ia bermula dengan membuat keputusan. Kita membuat keputusan banyak kali setiap hari.
-          Haiwan bergantung pada baka, manusia bergantung pada kemahiran membuat keputusan untuk mencapai kejayaan.
-          Kalau anda tidak gembira dan rasa diri anda berada di landasan yang salah, buat keputusan untuk berubah.
-          Kita bebas untuk memilih apa yang kita hendak pilih.
-          Kita mempunyai kuasa untuk memilih tingkahlaku kita dan akibatnya.
-          Akibat keputusan yang kita buat hari ini, akan diketahui dalam beberapa bulan, tahun atau puluhan tahun dan kadang-kadang serta-merta,
-          Apakah keputusan yang anda buat pagi tadi?
Setelah bangun dari tidur, masih baring di katil atau terus bangun?
Apa yang anda makan?
Adakah anda mulakan hari ini dengan senyuman?
-           Setiap keputusan yang dibuat akan membawa anda kearah mencapai impian atau menyimpang dari landasan.
-          Berikut ada beberapa persoalan yang anda perlu buat keputusan:
o        Teruskan perjuangan walaupun tewas?
o        Lakukan sesuatu walaupun rasa risau/takut?
o        Kalau dulu org lain buat keputusan untuk kita, sekarang buat keputusan sendiri.
o        Hormati dirisendiri, keluarga, guru dan rakan-rakan.
o        Berhenti berkawan dengan kawan yang membawa pengaruh negatif.
-          Buat keputusan untuk berhenti pertahankan sikap negatif diri anda.
-          Berhenti merungut dan mula buat sesuatu.
-          Berhenti menyalahkan orang lain atau masa lampau anda kerana tidak mencapai impian anda.
-          Bila tertekan untuk melakukan perkara kita tak sepatutnya lakukan, katakan ‘tidak’.
-          Buat keputusan untuk percayakan diri anda.
-          Dimana anda berada sekarang adalah berpunca dari pemikiran dan kepercayaan anda sendiri.
-          Kalau hendak ubah kehidupan anda, ubah keputusan anda.
-          Sebaik sahaja anda buat keputusan, bertanggungjawab terhadap keputusan anda. Buat keputusan baru jika perlu.
-          Ramai yang gagal dalam hidup kerana tidak mahu buat keputusan. Kenapa mereka tidak mahu buat keputusan?  Takut? Takut buat keputusan yang salah? Takut apa yang oramg lain fakir? Takut pada perkara yang tidak diketahui?
-          Tidak membuat keputusan adalah lebih teruk dari buat keputusan yang salah. Apa keputusan yang anda buat lebih baik daripada tidak buat keputusan.
-          Kita dilahirkan untuk membuat keputusan, kemudian buat keputusan yang betul.
-          Dalam membuat keputusan, ingat bilangan keputusan yang baik mengatasi keputusan tak baik, anda berada dilandasan yang betul untuk mencapai impian anda.