- Untuk mencapai impian , ia bermula dengan membuat keputusan. Kita membuat keputusan banyak kali setiap hari.
- Haiwan bergantung pada baka, manusia bergantung pada kemahiran membuat keputusan untuk mencapai kejayaan.
- Kalau anda tidak gembira dan rasa diri anda berada di landasan yang salah, buat keputusan untuk berubah.
- Kita bebas untuk memilih apa yang kita hendak pilih.
- Kita mempunyai kuasa untuk memilih tingkahlaku kita dan akibatnya.
- Akibat keputusan yang kita buat hari ini, akan diketahui dalam beberapa bulan, tahun atau puluhan tahun dan kadang-kadang serta-merta,
- Apakah keputusan yang anda buat pagi tadi?
Setelah bangun dari tidur, masih baring di katil atau terus bangun?
Apa yang anda makan?
Adakah anda mulakan hari ini dengan senyuman?
- Setiap keputusan yang dibuat akan membawa anda kearah mencapai impian atau menyimpang dari landasan.
- Berikut ada beberapa persoalan yang anda perlu buat keputusan:
o Teruskan perjuangan walaupun tewas?
o Lakukan sesuatu walaupun rasa risau/takut?
o Kalau dulu org lain buat keputusan untuk kita, sekarang buat keputusan sendiri.
o Hormati dirisendiri, keluarga, guru dan rakan-rakan.
o Berhenti berkawan dengan kawan yang membawa pengaruh negatif.
- Buat keputusan untuk berhenti pertahankan sikap negatif diri anda.
- Berhenti merungut dan mula buat sesuatu.
- Berhenti menyalahkan orang lain atau masa lampau anda kerana tidak mencapai impian anda.
- Bila tertekan untuk melakukan perkara kita tak sepatutnya lakukan, katakan ‘tidak’.
- Buat keputusan untuk percayakan diri anda.
- Dimana anda berada sekarang adalah berpunca dari pemikiran dan kepercayaan anda sendiri.
- Kalau hendak ubah kehidupan anda, ubah keputusan anda.
- Sebaik sahaja anda buat keputusan, bertanggungjawab terhadap keputusan anda. Buat keputusan baru jika perlu.
- Ramai yang gagal dalam hidup kerana tidak mahu buat keputusan. Kenapa mereka tidak mahu buat keputusan? Takut? Takut buat keputusan yang salah? Takut apa yang oramg lain fakir? Takut pada perkara yang tidak diketahui?
- Tidak membuat keputusan adalah lebih teruk dari buat keputusan yang salah. Apa keputusan yang anda buat lebih baik daripada tidak buat keputusan.
- Kita dilahirkan untuk membuat keputusan, kemudian buat keputusan yang betul.
- Dalam membuat keputusan, ingat bilangan keputusan yang baik mengatasi keputusan tak baik, anda berada dilandasan yang betul untuk mencapai impian anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan