KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN DI TANGAN ANDA
- Setiap orang mempunyai impian – samaada impian tersebut tercapai atau sebaliknya terletak pada diri seseorang. Anda menentukan nasib anda sendiri.
- Perkataan seperti : tidak, tak boleh, tak mungkin, mustahil, anda tak mampu dan sebagainya menghalang menghalang seseorang dari mencapai kejayaan.
- Semua orang dilahirkan bijak tetapi 9999 daripada 10 000 menjadi kurang bijak kerana perkataan seperti di atas yang diucapkan oleh orang dewasa pada mereka.
- Analogi Istana. Anda mempunyai sebuah istana yang mempunyai ribuan bilik, setiap bilik dihias dengan cantik, sempurna dan unik. Anda suka semua bilik tersebut. Ada tetamu yang datang mengkritik salah sebuah bilik yang dia tinggal. Setelah dikritik, anda menutup bilik tersebut dan tidak digunakan lagi. Lama kelamaan semua bilik tersebut ditutup kecuali satu atau dua bilik yang masih digunakan. Contohnya anda bercadang untuk belajar musik tetapi orang lain kata anda tidak mempunyai bakat dan anda pun batalkan niat tersebut.
- Mentaliti “ anda ada bakat/kemahiran atau tidak”
- Ibubapa yang berkata – anak orang lain pandai dan anak dia tak pandai.
- Ramai remaja yang mempunyai cita-cita/ impian tetapi takut untuk melaksanakan impian mereka. Apa yang mereka takutkan? Mereka takut pada benda yang tidak diketahui, kegagalan, apa orang akan fikir dan takutkan kejayaan.
- Dulu gagal, masa akan datang pun akan gagal.
- 18-40-60. Umur 18 – Kita risau apa orang lain fikir tentang kita
Umur 40 - Kita tak perduli apa orang lain fikir tentang kita
Umur 60 - Kita sedar tak ada orang yang fikir tentang kita.
Semua orang fikir tentang diri mereka sendiri.
- Buang pemiiran negatif.
- Buka semula bilik-bilik istana, biarkan cahaya dan udara masuk, jangan biarkan orang lain menghadkan keupayaan anda. (Perlumbaan katak menaiki menara)
- Orang yang luarbiasa sebenarnya ialah orang biasa yang melakukan perkara yang luarbiasa.
- Anda boleh berubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan