Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 8 Oktober 2010

Petua 2 : Dapatkan Terbaik Dari Diri Anda

-          Apa yang anda miliki sekarang atau yang akan dimiliki ialah apa yang anda harap untuk miliki dan komitmen anda terhadapnya
-          Untuk dapat apa yang kita mahu, mesti bermula dengan memberi yang terbaik dalam diri anda.
-          Terdapat perbezaan antara berminat dalam sesuatu dengan komitmen terhadap sesuatu.
-          Ramai orang berminat tetapi tidak komited, oleh itu mereka tidak ambil tindakan yang sepatutnya.
-          Dalam hidup- kita hanya dapat apa yang kita mesti dapat. Kalau tidak, kita tidak akan cuba mendapatkannya.
-          Orang yang berminat, tetapi tidak komited akan ambil tindakan apabila dia ada masa lapang.
-          Bagaimana hendak bezakan berminat dengan komited? Berminat ditunjukkan dalam percakapan dan komited ditunjukkan dalam sikap/tingkahlaku/tindakan.
-          Orang yang berjaya selalu memberikan lebih dari diri mereka, kerana mereka mempunyai harapan yang tinggi untuk mereka. Mereka perlu berkorban masa dan tenaga untuk dapat apa yang mereka mahukan.
-          Bukan senang dapatkan apa yang kita mahu, ia bukan sekadar asal ada.
-          Untuk melakukan lebih baik sedikit dari sederhana membezakan kejayaan dan kegagalan.
-          Kalau kita berpuashati dengan apa yang kurang dari potensi kita, ia akan menjadi kebiasaan dan akhirnya menemui kegagalan.
-          Adalah lebih mudah untuk merendahkan standard kita dari menaikannya. Adalah lebih mudah berada dalam kelompok besar dari berpisah dengan mereka.
-          Jika diberi pilihan antara jalan mudah dengan yang mencabar, pilihlah yang mencabar.
-          Seorang mahir membuat sampan hendak bersara dan pelanggan setianya memintanya buatkan sebuah sampan terakhir.Dia menggunakan bahan terpakai dan tidak buat bersungguh-sungguh. Selepas siap pelanggan dia menghadiahkan sampan tersebut pada pembuat sampan untuk disewakan. Setelah sampan tersebut masukkan kedalam air, sampan tersebut tenggalam, pembuat sampan tersebut menyesal kerana dia telah pilih jalan yang senang.
-          Melakukan sesuatu hampir terbaik adalah tidak mencukupi dalam dunia sebenar.
-          Untuk berjaya, kita mesti berikan 100% komitmen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan