- Sebarang pemikiran yang dibenarkan menguasai minda akan memberi impak pada kehidupan.
- ‘We are what we think about all day long’
- Jika fikir tentang kegagalan, kita pasti gagal. (miskin)
- Kebanyakan orang biasa berfikiran negatif seperti:
Saya tak boleh/pandai/tahu/faham/ingat …
Daya ingatan saya rendah.
Saya bodoh.
- Mereka mempersoalkan kebolehan dan potensi mereka sendiri.
- Dalam buku berjudul ‘No one can take your place’. Ditulis oleh Sheri Dew tentang pemikiran negatif. Dia berminat mewakili Universiti dalam pasukan bola keranjang. Apabila dia buka pintu dewan dia nampak pemain lain telah mulakan latihan dan mereka hebat. Suara hatinya berkata, saya tak boleh/tidak cukup baik/tak dapat bersaing dengan pemain lain. Setelah lama dia berfikir, dia tidak masuk untuk pemilihan tersebut. 30 tahun kemudian dia dijemput ke Universiti tersebut untuk memberi ceramah dan dia menceritakan kisah 30 tahun yang lalu.
Selepas ceramah tersebut, Pengarah Universiti tersebut tanya samaada apa yang di sampaikan adalah benar, dan Sheri berkata ‘ya’. Sheri juga tahu Pengarah itulah yang menjadi jurulatih pada masa itu. Pengarah Universiti berkata setiap tahun pasukannya tidak mempunyai masalah kecuali pada tahun 1971 pasukannya kekurangan seorang pemain dan dia tidak dapat mencarinya sehingga habis musim pertandingan.
- Pemikiran negatif dikuasai minda separa sedar. Contoh ; Apabila guru Bahasa Inggeris masuk kelas, pelajar telah berfikir dia tidak faham dan tidak pandai Bahasa Inggeris, walaupun guru Bahasa Inggeris belum berkata apa-apa.
- Apabila pemikiran masuk kedalam minda anda, jangan cakap, letak pemikiran itu ditepi, gantikannya, berhenti, ‘delete’. Tujuannya haling diri anda dari ulang tayang pemikiran negative. Contohnya, jika anda menonton tayangan gambar yang membosankan, mahukah anda menontonnya kali kedua? Sudah tentunya tidak. Tetapi pemikiran negatif dalam minda kita kita ulang banyak kali.
- Perasaan sedih, geram, kegagalan adalah berpunca dari pemikiran bukan keadaan.
- Jika orang lain kritik pakaian anda padahal anda sudah rasa cukup menarik, anda marah. Ini menunjukkan apa yang orang lain fikir tentang anda lebih penting dari apa yang anda fikir tentang diri anda. (biasanya menjadi punca pergaduhan)
- Pemikiran sama yang berulang-ulang akan membawa kepada kepercayaan, dan anda tidak akan mempertikaikannya.
- ‘I can’t …yet” ‘I can’.
- Pemikiran kita boleh mewujudkan ketakutan atau keyakinan.
(kesakitan … keseronokan)
(bertindak … menyerah kalah)
- Bagaimana hendak kawal pemikiran kita?
Layan pemikiran yang sihat dan positif. Mula bercakap dengan diri sendiri dan orang lain tentang perkara yang sihat dan positif. Berhati-hati pada media massa , nilai samaada maklumat tersebut menyebabkan kita rasa lebih bersemangat atau sebaliknya. Adakah media massa , gossip atau memburuk-burukkan orang lain
- Apabila kita mula terfikir perkara yang negatif, berdiri, jalan-jalan atau lakukan aktiviti yang boleh lupakan pemikiran negatif.
- Selalu ingatkan diri. Saya boleh mencapai impian saya.
- ‘If there is no enemy within, the enemy on the outside can do no harm’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan