- Kalau kita mahukan lebih, kita mesti jadi lebih baik.
- ‘The biggest room in the world is the room for improvement’ and the best time is now.
- Kita tidak boleh berikan sesuatu yang kita tidak miliki. Kita tidak boleh mencapai sesuatu kalau tiada tujuan.
- Jika mahukan keputusan cemerlang, kita mesti jadi dan berusaha seperti pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.
- ‘Sowing and reaping’ – tanam dan tuai.Tindakan dan kelakuan kita akan membawa kepada keputusan yang kita capai.
- Kalau kita dapat mencapai impian kita, tukar tindakan kita.
- 'Increasing returns’ – kita tuai lebih dari kita tanam.
- ‘Delayed gratification’ – untuk tuai apa yang kita tanam memerlukan masa, kita tidak boleh tanam hari ini dan tuai esok.
- Orang yang mencapai impian adalah orang yang memberi komitmen dan sentiasa membaiki kemahiran dan keupayaan mereka.
- Pemenang pingat sukan olimpik telah mengorkorbankan wang dan tenaga untuk berlatih.
- Untuk membaiki diri, disiplin kendiri amat diperlukan dan ia tidak mudah.
- Ada ketikanya, untuk mencapai sesuatu, ia memerlukan kita buat perkara yang kita tidak suka buat. Contohnya membaca buku.
- Orang yang berdisiplin dapat mengawal diri mereka.
- Berusaha untuk menukar yang baik kepada cemerlang. Kalau kita berusaha dengan baik, keputusannya akan jadi baik. Kebanyakkan orang boleh mendapat keputusan yang baik tetapi untuk jadi cemerlang ialah satu pilihan. Untuk menjadi cemerlang ia perlukan usaha yang berterusan.
- ‘Senang jadi baik, susah jadi cemerlang’. ‘Susah jadi baik, senang jadi cemerlang’.
- Maklum balas sangat penting dalan proses membaiki diri. Ia boleh dating dalam bentuk positif dan negatif. Ia main peranan yang besar dan perlu untuk mencapai impian kita. Belajar dari maklum balas.
- Kita perlu kaji. Dari siapa datangnya maklum balas? Adakah mereka ikhlas membantu kita?
- Otak kita sukakan perkara yang sama tetapi ia belajar dari perkara yang berlainan.
- Kebanyakkan orang tidak sukakan perubahan kerana adalah lebih senang jika ia sama. Perubahan juga membawa kepada ketidakpastian.
- Bersedia untuk berubah.
- Praktikkan apa yang dipelajari. ‘Use it or lose it’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan